12 June 2011

Dugaan...

Kandungan aku baru masuk minggu ke-26, tp darah dalam gula (diabetis) dah dapat dikesan. Setelah berpuasa dari pukul 12mlm, sample darah pertama diambil pada jam 8 pagi dan bacaannya adalah 4.4. Maknanya aku normal, namun selepas 2 jam minum air gula (glukos) bacaan menjadi 9.9...sgt tidak normal. Bacaan normal untuk kandungan darah dalam gula adalah 4 - 6.

Disebabkan bacaan yg tidak normal ini, aku telah diwajibkan menghadiri kelas DIET CONTROL. Pada 8/6/2011 jam 2.30 ptg aku pun pergilah ke HUKM ditemani suami. Jom berkongsi apa itu permakan seimbang.

Menurut kata Dietrition pada hari itu Diabetis semasa mengandung adalah normal dan berifat sementara dan akan hilang apabila bayi dilahirkan. Tetapi ia memerlukan permantauan kerana boleh memberi komplikasi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan. Terdapat dua pendekatan yg digunakan iaitu melalui kawalan pemakanan dan satu cara lagi melalui pengambilan insulin.

Kumpulan makanan di bahagi kepada 4 kumpulan:-
1) Kabohidrat ringan - susu pekat manis, gula - tidak digalakan kalu boleh minum air kosong jer
2) Kabohidrat berat - roti, nasi, mee dll
3) Sayur-sayuran - digalakan untuk makan banyak
4) Buah-buahan - 2 biji sehari tetapi tidak boleh diambil serentak

Waktu makanan yang dicadangkan adalah:-

Pagi - 7 pagi - 9 pagi -  3 hidangan makanan (bersamaan 3 keping roti/ 1 1/2 cawan nasi/mee/behun etc)
          10pai - 11 pagi - 1 hidangan makanan

T/hari - 12 tgh - 2 ptg - 3 hidangan makanan
waktu sengang - 1 hidangan

Malam - 6 ptg - 8 mlm - 3 hidangan makanan
waktu sengang  - 1 hidangan makanan

Bagi memastikan kadar gula dalam darah tidak terlalu tinggi adalah dinasihatkan mengikut jadual pemakanan yg diberi. Semoga Berjaya mengikut apa yang ditetapkan.

Kesan- jika kadar gula dalam darah masih tidak turun penggunaan insulin akan dimulakan. OH TIDAK ...aku takut

No comments:

Post a Comment