6/2 - 7/2 - Percutian pertama bagi tahun 2012, kita mulakan dengan yang dekat dulu, lebih afdhal....it's a short and ad-hock vacation. unplanned punye. cuti sempena maulud nabi dan taipusam yang bersambung menjadi cuti panjang. Tetiba Groupon plak offer apartment 2 bilik dgn harga RM130.00...murah tu doh. tapi biasalah benda2 mcm ni ada je hidden kos dia. kena bayar another RM50.00 katanya "surcharge for public holiday". Apa2 jelah, benda2 macam ni biasa akan berlaku kalau kita p bercuti. Jadi, remember get ready, jangan sampai hilangkan mood percutian kita.
Walaupun sekejap, tapi oklah semua orang happy especially my little princess. Dapat mandi laut, main pasir, tidur hotel dan mandi swimming pool. kira dah full programlah hari tu.....
Port Dickson memang menjadi pilihan ramai terutamanya warga KL & Selangor bercuti di hujung minggu. Masa nilah peniaga2 di PD nak buat duit. Tp dari pemerhatian saya kekandang melampau jugaklah diorgang ni. Yang meniaga tepi pantai menyewakan pelampung dan tempat duduk, skrg dah melebarkan sayapnya dengan meyewakan canopy plak. Habis satu pantai tu dia letak untuk disewa, dah mcm tanah jajahan dia plak padahal kan tempat AWAM. Diorang tak sepatutnyalah buat macam tu, bagilah space kat org lain nak bentang tikar jugak....ni kene duduk belakang canopy diorng plak. Merosakkan pemandangan jer..
Biasa kita bila di shopping complex kita dikenekan bayar 20sen @ 30 sen untuk ke toilet. kat PD tak dapek nya. buang air 50sen. kalau mandi RM1. mahal doh!!! memang ambil kesempatan. Sepatutnya benda2 macam ni perlu ada pemantauan dari Pihak Berkuasa. KLCC toilet VIP RM2 siap ada greeding, bagi tisu dan say goodbye bile dah nak kuar. Kat PD aku tengok siap kene marah lagi adalah, tupun pasal tak cuci kaki dulu sebelum masuk....erm DUNIA....DUNIA
Lagi satu, yang dapat diperhatikan adalah tenaga buruh kat sini kebanyakan budak2 bawah umur, sian tengok budak2 ni dah mcm "GELADANGAN" pulak. Baik yang jaga kedai tepi pantai, jaga kuda, jaga barang main kat tengah2 Teluk Kemang tu, mahupun di kedai makan. Mesti adalah budak2 yang berkerja. Tapi diorg mmg nampak happy. Entahlah mak bapak diapun tak kisahkan....
Whatever it is, PD adalah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. So apa lagi...free2 pegilah ek...
Until next time............
No comments:
Post a Comment