23 January 2014

Amankah Malaysia?

Terpanggil untuk meluahkan isi hati ekoran tragedi yang melanda adik Norsyafikah Adawiah bt Abdullah 
Tak sanggup rasanya untuk upload gambar bidadari syurga ini. Apapun cerita disebalik kejadian tragis ini, persoalan yg bermain difikiran saya. Amankah Malaysia? Selamat kah anak2 saya ke sekolah?, Selamatkah anak saya di nursey?, selamatkah anak saya semasa dia bermain padang permainan? selamatkah anak2 saya jika  dibawa berjalan ke shopping kompleks? Selamatkah saya semasa memandu seorang diri? Selamatkah saya semasa di bank /pejabat pos/ pejabat? mcm2 lagi selamatkah...

Selepas satu...satu lagi kejadian, reda sekejap jadi lagi. Mungkin teknologi yg pesat jadi kita disogok dengan pelbagai isu yang sangat meyayat hati. Allah maha mengetahui....Allahuakbar! Saya pernah mengujungi sepasang suami isteri yang pulang bercuti ke Malaysia. Sekarang mereka sekeluarga menetap di Iraq. Kata suaminya kepada saya "Iraq jauh lebih aman, tiada isu bunuh membunuh di dada akhbar sepanjang mereka disana. Hampir 4 tahun menetap disana, anak2 meareka bebas untuk keluar di waktu malam. Tiada kes ragut, kes rogol, rompak dan bunuh, aniaya kanak2. Allahualam....itu yang diceritakan kepada saya.

Tapi, saya masih di Malaysia. Menetap, mencari rezeki, membesarkan anak2, berkawan, berkasih sayang dan tidak pernah terfikirlah nk berpindah ke Iraq mahupun negara lain. Berfikir...berfikir.....berfikir lagi. Apakah yang dapat saya lakukan? Memang luar kuasa dan daya saya untuk mengawal semua ini. Moga kita dan seluruh ahli keluarga kita dilindingi-NYA. Jauhilah kami dari perkara2 sebegini ya Allah.

Harga barang naik, kos hidup meningkat, rakyat tertekan tapi bnyk status di laman sosial mengatakan SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN. Amankah Malaysia? jika kita marasa tidak selamat.......Ya Allah Selamatkan Malaysia jadikan negara ini sebuah negara yang Aman dari segala sudut. ameen

No comments:

Post a Comment