10 June 2015

Penang 2015

Percutian pendek yg tidak dirancang dan tiada perancangan. Tak banyak tempat yang boleh dikunjungi. Hari pertama sampai sibuk cari hotel. Unbelievable! Kebantakan hotel fully booked. Terpaksalah cari yang jauh sikit.

Sesiapa yang nak bercuti ke Pulau Pinang di hujung minggu sila book hotel terlebih dahulu.

Nak sangat pergi ambil gambar kat art wall Penang. Tapi disebabkan mslh hotel ni rosak habis impian. He he he...

04 May 2015

KL bird park

Aktiviti cuti panjang sempena hari buruh + wesak day 2015. Tak melepaskan peluang utk ke Taman Burung memandangkan ramai orang KL pulang ke kampung. Nak kata tak ramai...ramai jugaklah orang. Parking pun agak susah nak dpt dan kene beratur kat kaunter ticket. Kebanyakannya orang luar negara.

Orang luar pun datang bird park. Diaorang bayar Harga RM50 dewasa Dan RM41 untuk kanak-kanak. Malaysian with mykad RM27 mykid RM13 sahaja. Pergilah bawa family u olls jalan2. Kepada yg ada anak2 kecil pasti suka dan gembira.

Ada part2 jugak depa akan takut. Almaklumlah burung2 dalam tu dah biasa dengan orang. Ada yg manja dan ada juga yg garang.

Overall bird park Kuala Lumpur antara tempat yg x patut sgt u olls x pergi. Cuma kiosk kat dalam sana tu mahal sgt jadi bawalah air atau snek untuk anak2. Harga cekik darah! Apa nak dikata tmpt perlancongan mmglah begitu.

Memori di KL bird park bersama keluarga 2/5/2015.

13 April 2015

Malang itu tidak berbau

Betullah pepatah Melayu ada mengatakan "Malang tak berbau". Apabila sesuatu perkara buruk berlaku tapi memang kita tak dapat jangka. Langsung tak de "hint" pun yg kita akan ditimpa malang. Itulah yg dikatakan tak berbau.

Malangnya hari ni, malang tu kene kat batang hidung sendirik. Pagi isnin yg penuh ceria dan semangat ingin memulakan minggu baru dipenuhi dengan rasa sakit sepanjang hari.

Kejadian pagi tadi sewaktu hendak sediakan air mandi utk Ain. Water heater kat dalam bilik air belakang tu dah lama rosak, semenjak start sekolah biasa memang masakkan air utk dicampurkan dengan air mandi ain. Jadi tak lah sejuk sangat kan. Malangnya, masa nak sediakan air tadi boleh pemegang cerek tu PATAH. Memang pemegang tu 1/2 steel 1/2 rubber, bahagian sambung Kedua2 tulah patah.

Bayangkan air panas tahap mendidih tu se"cerek" tumpah ke kaki. Kembang kuncup rasanya kaki Ku ini. Rasanya itu masih terasa sehingga saat entry ini ditulis. Aduhhh sakitnya tuh disituuuuu.

Rasanya dah makin kurang lepas makan ubat panadol dan tidur tadi. Nasiblah En. Suami saya kerja sendiri dialah terpaksa take over kerja2 rumah hari ni and jaga orang sakit tak leh nk jalan sakit tuhhh.

Dugaan untuk kami sekeluarga. Syukurlah kene kat mama kalau kene kat anak2 lagilah huru hara kan. Pasti ada hikmahnya. Semoga menjadi lebih baik. Ameen

07 April 2015

Ain 7th Birthday Party

Siaran tertunda, 6 March 2015 genaplah Ain 7 tahun. Actually, disebabkan kesibukan jadual ain, ayah & mama jadi mama tak plan birthday party pun. Cuma prepare party beg untuk kawan2 Ain kat sekolah kafa sahaja. Ingatkan nnt kita pergi mana2 tempat special untuk makan.

Pagi sabtu tu Ain ada sukan di sekolah, mama ngan Ayah ingatkan tak de masuk apa-apa acara jadi kami just duduk dirumah sahaja. Tiba-tiba Ayah dia kata ajak lah family Abang A dengan family Kakak makan kat papa john. Kebetulan semua orang pun free. So, apa lagi...PARTY IS ON.

Happy Birthday Nurul Ain Nabila. Ain adalah anak yang baik, solehah peyejuk dan penenang hati mama & Ayah. Bila besar nanti semoga terus berjaya dalam kehidupan dan menjadi muslimah yang solehah.

Kemalangan di rumah

This entry pasal kemalangan kanak2 dirumah. Kadang2 kita rasa dah cukup berhati-hati dengan keadaan dan keselamatan anak2 dirumah, tapi kemalangan tetap juga berlaku. Bak kata pepatah "Malang tidak berbau"

Pada Jumaat lepas Alif sekali lagi diuji. (Sebenarnya mama dia lebih diuji). Balik dari sekolah tengah hari tu Alif dan Ain mandi bersama. Seperti biasalah mereka akan main2 dulu. Diulang sekali lagi "seperti biasa" dgn kata lainnya mmg almost everyday. Pada saya as a mom its should be no problem, sbb masih dalam pemgawasan (kononnya). Sementara mereka seronok bermain, saya pula sibuk memasak. Konon2 dalam pengawasanlah anak2 tuh.

Dok sibuk kentang ketung sana sini, tetiba Alif mejerit dengan kuat "sakit....sakit". Bergegas mendapatkan anak2 yg ada dalam bilik air, hampir nk gugur jantung bila tengok darah penuh di kepala Alif. Toleh ke arah Ain, dia pun kelihatan panik. Maybe takot kene marah, selalunya apa2 jadi kat adik dia mesti kene soal siasat kan.

Keadaan tidak terkawal! Saya tak mampu nk kawal perasaan mahupun keadaan masa tu. Capai towel terus terkup kepala Alif, dengan badan yg terketar2 sambil dukung Alif ke bilik kami. Capai apa sahaja tercapai oleh tangan. Pakaikan dia seluar dgn tangan yg mengeletar. Pakai tudung entah warna matching ker idok. Amik beg harian yg selalu dibawa. Mmg selalu dalam beg tu dah ada kunci rumah ngan kereta siap2.

Tak tahulah mana dtg kekuatan nk dukung alif masa tu. Almaklumlah, alifkan dah beso, mmg tak larat nak angkat. Ain pun cukup berdikari, tiba2 tengok dia dh siap pakai baju bawa towel ngan air. Walaupun siapnya tak sempurna, rambut basah habis baju2 sekali. Start saja engine kereta terus bergerak ke klinik.

Sampai ke klinik tanya dulu misi ada Doktor tak sebab waktu dah nak masuk untuk orang solat Jumaat. Nasib baik Dr. Roha ada. Dengan towel yg berlumuran darah tu cukup buat satu klinik mutiara di Taman Bukit Indah ni panik. Alif pulak dah mula diam, tak menangis tapi kedua belah tangan diletakkan dikepala. Sakit sangatlah kot.

Doktor pun terus ambil tanggubgjawab dia. Syukur dapat Doktor yang baik dan rajin. Elok sahaja Doktor nak bersihkan luka, Alif dah tak dapat dikawal lagi. Menjerit, menangis, meronta-ronta sambil menendang2 misi yang ada. Bertungkus lumus semua orang untuk pastikan luka tu tak teruk. Kerja kuat semua orang dibuatnya. Akhirnya, selesai juga...luka tak dalam tapi lebar. Tak perlu dijahit pun Doktor tampal plaster sahaja utk bagi luka yang terbelah tu bercantum. Dah habis rawatan barulah rasa lega, baru terfikir nak telefon Ayah dia dan yg paling best baru teringat ada duit tak dalam beg tadi. Nak dijadikan cerita, mmg tak ada duit dalam beg harian saya pada hari itu.....ermmmmm. Nasib baiklah klinik dekat dan misi2 situ kenal, depa pun paham kot "emergency".

Hari ini, follow up balik. Alhamdullilah luka dah semakin pulih, Alif pun tak meronta-ronta masa jumpa Doktor tadi.

Nak tau tak apa yang membuat kepala Alif berdarah?.....

Jawapannya batang paip! Dia tundukkan kepala kat paip tu bangun terhantuk dengan barang paip itu. So, mama nak buat macam mana? Nak kene buang paip tu ker apa? Maybe kita patut renovate bilik air nih.....he he he

Kemalangan dirumah boleh berlaku di mana2 bahagian rumah anda. Jadi, ambil langkah yang terbaik walaupun benda yang nak jadi bukan dalam kawalan kita at least dapat kurangkan risiko dan we know we do the best. InsyaAllah.....Allah kan ada.

Until next time

31 March 2015

Berpakaian lengkap ke sekolah

After about 3 months, hari ini 31/3/2015 menjadi the date to be remember, apabila Alif Nawfal pergi ke sekolah dengan berpakaian lengkap. Mama so proud finally Alif dengan rela hati mengenakan uniform sekolah dirumah sebelum ke sekolah.

Sebelum ini Alif memang sangat susah untuk mengenakan baju uniform sekolah. I also not very sure why. Maybe he not really like the school. So, what we do..setiap pagi lepas mandi Alif akan pakai baju biasa sahaja dulu. Selalunya dia akan pilih baju kesukaan dia lah "ultraman". Jadi mood dia pun akan happy than naik kereta konon macam dia nak pergi jalan-jalan.

Sampai kat pintu pagar sekolah barulah pakai baju, seluar, stokin dan kasut sekolah. Tapi dia tak de pulak meragam tak nak pergi sekolah. Dia ok sahaja bila sampai kat sekolah.

Walaupun, saya berkomplot dengan cikgu dia untuk memastikan dia sedia berpakaian lengkap dari rumah. Memang tak jalan. Cikgu dia kata siap janji dengan dia "nanti pakai Baju dekat rumah". Sampai masa, sama sahaja.

Finally, today Alif be a very good boy. Segak bergaya dengan uniform sekolah yang siap dipakai dari rumah. Mama & Ayah happy, because we though it will be continue until end of the year....cikgu dia punya reaction pun rasanya macam surprise campur gembira (hahaha...pandai jer teka)

Semoga berterusan.

29 March 2015

Di Ambang 1 April

Sebelum 1 April 2015 ingat nk pergi beli apa yg patut sebab slps ni semua org di Malaysia dikenakan GST. Walaupun perasaan bercampur baur nk mengharung gst, tapi kenelah terima kenyataan kan. Kita hanya rakyat biasa sahaja.

Iyalah kadang2 rasa jugak nk memberontak. GST belum lagi terlaksana tapi harga barang dah naik melambung2. Harga barang tiap2 tahun pun naik, ada tu tiap2 bulan pun naik..(statement melampau).

Contoh 1.

Susu formula jenama Annum tahun 2011 berharga RM50.00 - RM55.00
Naik2 harga last sekali kami beli berharga RM75 setin 2013 lps tu tukarlah susu lain. Mahal sgt.

Contoh 2

Minuman gooday yg kami sekeluarga minum perisa  orange. Dulu masa tak kawin lagi harga dia RM2 lebih shj. Mmg sedap. Bulan lps harga dia cecah RM4.50 siap tukar formula cair jer susu dia. Tak sedap dah so, saya dh x beli. Tukar packaging tukar formula (konon) terus naik melambung2. Sama gak susu coklat HL skrg kalau dpt harga 6.50 tu belilah bnyk2 normal price RM6.90 ada Kedai letak RM7.

Cukuplah bagi contoh. Sakit pulak hati kita dengan kenaikan harga yg tak terkawal. Cakap bnyk2 nnt kita jugak yg bersalah tekak nk mkn besar katanya. Tekak kita jugak yg salah.

Apa nk buat nasib rakyat BIASA. Mkn jelah benda biasa2. Nak mkn ker nak minum nk pakai ker jgn beli yg ori beli yg "inspired" punya.

Until next entry....kebai

10 October 2014

10 October 2014

Assalammualaikum....

Semalam tersentak sekejap bila anak sulung saya ain nabila bertanya "mama masa Kakak umur 4 tahun Kakak makan apa?" ....off course lah tak ingat kan?

Actually, tujuan saya menulis kat blog ini adalah sbg kenangan remainder untuk saya dan anak2. Berharap satu hari nanti saya akan baca balik setiap apa yg dikongsikan disini dan yg penting anak2 boleh baca dan tahu apa yg terjadi kepada mereka dan serba sedikit mengenai mama mereka ini.

So, thanks my dear princess for the wake up call. Mama akan selalu update kat sini supaya Kakak dan adik2 tahu what's is going on. I will try my very best to update the best moments of our life.

Love you...

03 July 2014

Tazkirah ramdhan ke 5

Diuji dengan sedikit sakit tekak. Tapi yg ni agak berbeza dari biasa2 punya sakit tekak. Entahlah zaman skrg ni mcm2 virus ada kan.

Dulu masa sekolah member2 akan ckp Allah syg sbb tu dia bg sakit. Betul ker???

Tahukah anda? OK cerita ni saya pun baru tahu, smlm apabila En. Suami berkongsi satu video.

Di saat sakit yg diturunkan kepada seseorg itu, Allah swt akan mengutuskan malaikat untuk:-

1. Menarik sedikit rezeki kita
2. Menarik nikmat selera kita
4. Mengampunkan dosa2 kecil kita.

Dan apabila kita kembali pulih Allah swt akan mengarahkan malaikat untuk memulangkan semula rezeki kita dan nikmat selera makan kita. Tapi tidak dipulangkan kepada kita dosa2 kecil yg telah diampunkan. Alla hu Akbar.....

Janganlah bersedih atau bnyk bunyi kalau sakit sikit2 ek. Allah sayaaang. In Sha Allah moga sentiasa dilindungi dan dirahmatiNya.....

Kurma

Bulan puasa ni mmg semua rumah akan ada kurma. Makanan sunah dan mmg sedap pun. Mcm2 jenama ada kan. Bagi kitaorg hubby&wify mmg yusuf taiyoob pilihan utama.

Teringat masa mengandungkan anak sulung, Ain Nabila masa tu baru ambang Ramadhan. Bila keluar iklan kat TV sebut ' Yusof taiiiiyob' meleleh air liur ibu mengandung. Cari punya cari jumpa kat KLCC, tmpt lain tak jual lagi masa tu.

Masa tulah....about 7 years ago. actually nak cerita story pasal dua jenis kurma pilihan kami. Since bercinta sampai skrg masih sama. Every time Ramadhan dua2 jenis ni mesti ada. Citarasa kami nyata berbeza kan?

Alhamdullilah, hampir 8 tahun bersama kami masih kami yang dulu. Berubah untung kepentingan keluarga tapi kurma x pernah berubah.....

P/s: percaya atau tak dua2 kotak ni boleh habis sebelum ramdhan habis tau. Makan ker apa nih??? Hehehe

02 July 2014

Kakak & Adik

Air dicincang tak kan putus. Kadang2 memang tak boleh tahan dengan sikap anak2 yg suka berebut. Tangan mama pun boleh jadi pergaduhan.

Tapi, bila tiggal berdua pandai pulak jaga diri anak2 mama ni. Sejuk hati tengok.

29 June 2014

Sahur pertama 2014

Salam sahur. Alhamdullilah, selesai sahur pagi ni. Menu istimewa lauk mlm semalam....hehehe. Sup tulang rusuk, telur ikan dan sayur kobis. Sudah memadai utk kami sekeluarga.

Misi pagi ni TIDAK BERJAYA! Ain Nabila yg sepatutnya start bersahur tak boleh bukak mata langsung. Hanya mampu mengeliat sahaja. Adoii mama pulak sakit tekak x boleh nk bising2 sgt, jadi.........!!!

Mcm mana pun tahun ni Ain kene belajar puasa. Jap lagi suruh dia bangun sahur walaupun dah subuh. Apa nk buat inilah cabaran tugas seorang ibu.

Wish me luck!

28 June 2014

Ramadhan 2014

Syukur bertemu kembali dengan bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Masih diberi peluang ini, aku sangat bersyukur ya Allah. Semoga mendapàt keberkatan dan setiap amalan diterimaNya.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada sesiapa sahaja yg membaca blog ini ......

Lepas ni blog ini akan selalu diupdate. U know why? I just installed the program to my phone. Its easier for me now. Semuanya dihujung jari sahaja.

See you very soon......

23 January 2014

Amankah Malaysia?

Terpanggil untuk meluahkan isi hati ekoran tragedi yang melanda adik Norsyafikah Adawiah bt Abdullah 
Tak sanggup rasanya untuk upload gambar bidadari syurga ini. Apapun cerita disebalik kejadian tragis ini, persoalan yg bermain difikiran saya. Amankah Malaysia? Selamat kah anak2 saya ke sekolah?, Selamatkah anak saya di nursey?, selamatkah anak saya semasa dia bermain padang permainan? selamatkah anak2 saya jika  dibawa berjalan ke shopping kompleks? Selamatkah saya semasa memandu seorang diri? Selamatkah saya semasa di bank /pejabat pos/ pejabat? mcm2 lagi selamatkah...

Selepas satu...satu lagi kejadian, reda sekejap jadi lagi. Mungkin teknologi yg pesat jadi kita disogok dengan pelbagai isu yang sangat meyayat hati. Allah maha mengetahui....Allahuakbar! Saya pernah mengujungi sepasang suami isteri yang pulang bercuti ke Malaysia. Sekarang mereka sekeluarga menetap di Iraq. Kata suaminya kepada saya "Iraq jauh lebih aman, tiada isu bunuh membunuh di dada akhbar sepanjang mereka disana. Hampir 4 tahun menetap disana, anak2 meareka bebas untuk keluar di waktu malam. Tiada kes ragut, kes rogol, rompak dan bunuh, aniaya kanak2. Allahualam....itu yang diceritakan kepada saya.

Tapi, saya masih di Malaysia. Menetap, mencari rezeki, membesarkan anak2, berkawan, berkasih sayang dan tidak pernah terfikirlah nk berpindah ke Iraq mahupun negara lain. Berfikir...berfikir.....berfikir lagi. Apakah yang dapat saya lakukan? Memang luar kuasa dan daya saya untuk mengawal semua ini. Moga kita dan seluruh ahli keluarga kita dilindingi-NYA. Jauhilah kami dari perkara2 sebegini ya Allah.

Harga barang naik, kos hidup meningkat, rakyat tertekan tapi bnyk status di laman sosial mengatakan SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN. Amankah Malaysia? jika kita marasa tidak selamat.......Ya Allah Selamatkan Malaysia jadikan negara ini sebuah negara yang Aman dari segala sudut. ameen