This entry pasal kemalangan kanak2 dirumah. Kadang2 kita rasa dah cukup berhati-hati dengan keadaan dan keselamatan anak2 dirumah, tapi kemalangan tetap juga berlaku. Bak kata pepatah "Malang tidak berbau"
Pada Jumaat lepas Alif sekali lagi diuji. (Sebenarnya mama dia lebih diuji). Balik dari sekolah tengah hari tu Alif dan Ain mandi bersama. Seperti biasalah mereka akan main2 dulu. Diulang sekali lagi "seperti biasa" dgn kata lainnya mmg almost everyday. Pada saya as a mom its should be no problem, sbb masih dalam pemgawasan (kononnya). Sementara mereka seronok bermain, saya pula sibuk memasak. Konon2 dalam pengawasanlah anak2 tuh.
Dok sibuk kentang ketung sana sini, tetiba Alif mejerit dengan kuat "sakit....sakit". Bergegas mendapatkan anak2 yg ada dalam bilik air, hampir nk gugur jantung bila tengok darah penuh di kepala Alif. Toleh ke arah Ain, dia pun kelihatan panik. Maybe takot kene marah, selalunya apa2 jadi kat adik dia mesti kene soal siasat kan.
Keadaan tidak terkawal! Saya tak mampu nk kawal perasaan mahupun keadaan masa tu. Capai towel terus terkup kepala Alif, dengan badan yg terketar2 sambil dukung Alif ke bilik kami. Capai apa sahaja tercapai oleh tangan. Pakaikan dia seluar dgn tangan yg mengeletar. Pakai tudung entah warna matching ker idok. Amik beg harian yg selalu dibawa. Mmg selalu dalam beg tu dah ada kunci rumah ngan kereta siap2.
Tak tahulah mana dtg kekuatan nk dukung alif masa tu. Almaklumlah, alifkan dah beso, mmg tak larat nak angkat. Ain pun cukup berdikari, tiba2 tengok dia dh siap pakai baju bawa towel ngan air. Walaupun siapnya tak sempurna, rambut basah habis baju2 sekali. Start saja engine kereta terus bergerak ke klinik.
Sampai ke klinik tanya dulu misi ada Doktor tak sebab waktu dah nak masuk untuk orang solat Jumaat. Nasib baik Dr. Roha ada. Dengan towel yg berlumuran darah tu cukup buat satu klinik mutiara di Taman Bukit Indah ni panik. Alif pulak dah mula diam, tak menangis tapi kedua belah tangan diletakkan dikepala. Sakit sangatlah kot.
Doktor pun terus ambil tanggubgjawab dia. Syukur dapat Doktor yang baik dan rajin. Elok sahaja Doktor nak bersihkan luka, Alif dah tak dapat dikawal lagi. Menjerit, menangis, meronta-ronta sambil menendang2 misi yang ada. Bertungkus lumus semua orang untuk pastikan luka tu tak teruk. Kerja kuat semua orang dibuatnya. Akhirnya, selesai juga...luka tak dalam tapi lebar. Tak perlu dijahit pun Doktor tampal plaster sahaja utk bagi luka yang terbelah tu bercantum. Dah habis rawatan barulah rasa lega, baru terfikir nak telefon Ayah dia dan yg paling best baru teringat ada duit tak dalam beg tadi. Nak dijadikan cerita, mmg tak ada duit dalam beg harian saya pada hari itu.....ermmmmm. Nasib baiklah klinik dekat dan misi2 situ kenal, depa pun paham kot "emergency".
Hari ini, follow up balik. Alhamdullilah luka dah semakin pulih, Alif pun tak meronta-ronta masa jumpa Doktor tadi.
Nak tau tak apa yang membuat kepala Alif berdarah?.....
Jawapannya batang paip! Dia tundukkan kepala kat paip tu bangun terhantuk dengan barang paip itu. So, mama nak buat macam mana? Nak kene buang paip tu ker apa? Maybe kita patut renovate bilik air nih.....he he he
Kemalangan dirumah boleh berlaku di mana2 bahagian rumah anda. Jadi, ambil langkah yang terbaik walaupun benda yang nak jadi bukan dalam kawalan kita at least dapat kurangkan risiko dan we know we do the best. InsyaAllah.....Allah kan ada.
Until next time
No comments:
Post a Comment