Showing posts with label Sambutan Hari Mulia. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Hari Mulia. Show all posts

09 October 2012

Closed house for Hari raya

9th September 2012

Lama sangat baru nak masukkan gambo untuk "closed house" kat rumah saya... Its actually just untuk orang2 yang sudi datang, sebab kami takde buat open house pun. Jangan pulak ada kecik ati kata tak jemput ya.

Terima kasih pada yang sudi singgah di teratak kami yang bukan milik kami pun...hahahaha sedikit ucapan pembukaan, jom tengok video ini. is NOT EDITED video, sila maklum.


Happy sangat sebab ada jugak orang nak datang rumah saya, BTW this is my list of guests...

Ni orang kuat, bukti SENDUK di tangan

Subashini & Husband tapi gambo ni dia ngan Alif ya

Zihan - walaupun rumah dia pun ada buat rumah terbuka, dia still datang awai

Priya aka angry bird pun datang without the bird but with Zihan

Rosma datang sorang jer, tak pe next year bw asben ngan anak2 ya

Aliya janji nak bawa Ezul tapi dia dtg sorang, mungkin malu kot

Mashi MARO pun ada walaupun kita baru jer kenal

Tetamu paling lewat - DILA
 Harap semua ok ya dengan makanan yg disediakan, semua buat sendiri tau, original from Dapur K. Az..




See you next year.....muaxxxx





13 September 2011

Potluck Raya

Jamuan Hari Raya yang ringkas. Semua orang datang bawa makanan masing2 dan menjadi satu jamuan. Majlis Jamuan Hari Raya PA International Property Consultants (KL) Sdn Bhd di bilik Mesyuarat PA, Petaling Jaya Pada Pukul 1pm.




Malaysia memang mewah dengan makanan, rendang, nasi impit, lodeh, bihun goreng, lemang, makaroni goreng, spagethi dan banyak lagi.....mmg sedap. Idea spontan untuk buat majlis sambutan hari raya ini berjalan lancar, terlebih2 pulak makan. Kredit untuk Muslim staff yang bagi kerjasama yang sangat baik. Next time boleh buat lagi.....
Antara orang kuat yang menjayakan majlis

tengok tuh....berebut

Kak June bersama BIG BOSS - naik gaji banyak lah pas ni
(Disamping Shuba dan Anis)








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011




07 September 2011

Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri,

Syawal masih belum berakhir, kehangatan Aidilfitri masih lagi dirasai, mood kerja agak terganggu sebab masih mood raya (sebenarnya mood cuti). Kehadiran Syawal kali ini di rai meriah. Sambutan 1 Syawal di Kuala Kangsar dengan kehadiran kedua Abang ku Ba'a dan Bian serta Mak Yam sekeluarga cukup memeriahkan suasasana. Walaupun,  tanpa kehadiran Kakak dan Wani. Yang memang seperti biasa2nya kakak akan beraya di rumah mertuanya dan Wani pula pada tahun ini beraya bersama mamanya namun kemeriahan masih ada.

Di pagi raya, kedatangan Mak Yam, Pak Cik Hasni dan Irfan memang di alu-aluakan. Tambahan pula semenjak pemergian Nenekanda (Mak) sudah lama Mak Yam tidak beraya bersama kami. Setelah selesai sembahyang raya, kami semua menjamu selera. Menu utama tahun ini LAKSA. Namun Laksa mami sudah tidak seperti dulu.......selain laksa, macam biasa rendang ayam & daging, nasi impit, kuah kacang, lemang dan kueh raya. Hari raya memang istimewa.

Setelah makan bersama kami mengunjungi pusara Mak dan Abah. Ain yang baru pertama kali menziarahi pusara sangat takut melihat kubur. Katanya "nanti hantu bangun", hahahahaha budak2 banyak sangat tengok TV. Tapi tak lama kemudian dia OK dan faham bila diberitahu itu kubur Tok Een (panggilan untuk Abah). Pulang dari kubur terus menziarahi orang2 tua yang masih berada di kampung Lempor, sekitar rumah aku gak. Kesian Tok Chu langsung tak boleh nak ingat, Poh kurus plak terbaring atas katil takleh nak bangun. Nasib baik ada anak cucu, boleh nampak mereka gembira. 

 Destinasi seterusnya Manjoi, Ipoh, rumah Mak Idah (Adik kepada Abah, kakak kepada Mak Yam). Rasanya semenjak aku berkahwin baru first time kot aku pegi rumah dia. Macam biasa layanan yang cukup mesra dari Mak Idah & Pak Cik Suhaimi Sekeluarga. At least kami masih ada keluaga.
Gambar kenangan semasa beraya di Manjoi

Dari kiri Pak Cik Hasni, Pak Cik Suhaimi, My Hubby, Bian, Ba'a, Khalis
Yasmin, Mak Idah, Mami, Kak Faridah, Mak Yam, Aku
Nana, Miera, Ain dan Irfan

Wardah yang tertinggal

Bersama Mak Idah





27 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, semoga lebaran kali ini lebih bererti. Sempena hari baik bulan baik ini saya dan keluarga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Lagi 3 hari kita semua akan menyambut Syawal, saya percaya mesti semua persiapan dah dibuat. Biasanya menjelang raya ni macam2 nak dibeli, budjet pun boleh lari. susah betul nak kawal nafsu shopping, mana taknya hingga saat ni masih berfikir nak beli apa lagi. Almaklumlah raya setahun sekali.

Bagi saya dan suami, tahun ni disambut sederhana sahaja, kerana lebih banyak persiapan dibuat untuk menyambut anak kami yang kedua. Insyaallah pada 21 September nanti. Cuma takut kalau2 dia nak keluar awal, jadi kene sentiasa berjaga2 dalam bulan akhir kehamilan ini. Mood nak raya pun tak semeriah seperti tahun2 lepas, mungkin keadaan fizikal (yang susah nak cari baju cantik),  kesihatan yang tak menentu (cepat penat) dan work load yang banyak kat office tu menjadikan aku begini.

Walau bagaimanapun, sblm pulang ke kampung ku di Kuala Kangsar ingat nak pergilah juga beli baju tambahan untuk anak sulungku ini. Kesian dia baru beli baju kurung jer. Itu pun tangkap muat, janji boleh pakai. Kepada keluarga tersayang, maaflah ya tahun ni nampaknye takde buah tangan yang dapat diberikan. Aku dah tak mampu untuk round2 shopping complex lagi. Insyaallah tahun depan YA...

Prancangan raya tahun ini, macam biasa cuti satu minggu. Pulang ke Kuala Kangsar maybe esok atau lusa, pada hari raya ke-2 atau ke-3 pulang ke rumah mertua pula di Machang, Kelantan. Jemput datang ke rumah.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI