27 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, semoga lebaran kali ini lebih bererti. Sempena hari baik bulan baik ini saya dan keluarga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Lagi 3 hari kita semua akan menyambut Syawal, saya percaya mesti semua persiapan dah dibuat. Biasanya menjelang raya ni macam2 nak dibeli, budjet pun boleh lari. susah betul nak kawal nafsu shopping, mana taknya hingga saat ni masih berfikir nak beli apa lagi. Almaklumlah raya setahun sekali.

Bagi saya dan suami, tahun ni disambut sederhana sahaja, kerana lebih banyak persiapan dibuat untuk menyambut anak kami yang kedua. Insyaallah pada 21 September nanti. Cuma takut kalau2 dia nak keluar awal, jadi kene sentiasa berjaga2 dalam bulan akhir kehamilan ini. Mood nak raya pun tak semeriah seperti tahun2 lepas, mungkin keadaan fizikal (yang susah nak cari baju cantik),  kesihatan yang tak menentu (cepat penat) dan work load yang banyak kat office tu menjadikan aku begini.

Walau bagaimanapun, sblm pulang ke kampung ku di Kuala Kangsar ingat nak pergilah juga beli baju tambahan untuk anak sulungku ini. Kesian dia baru beli baju kurung jer. Itu pun tangkap muat, janji boleh pakai. Kepada keluarga tersayang, maaflah ya tahun ni nampaknye takde buah tangan yang dapat diberikan. Aku dah tak mampu untuk round2 shopping complex lagi. Insyaallah tahun depan YA...

Prancangan raya tahun ini, macam biasa cuti satu minggu. Pulang ke Kuala Kangsar maybe esok atau lusa, pada hari raya ke-2 atau ke-3 pulang ke rumah mertua pula di Machang, Kelantan. Jemput datang ke rumah.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



No comments:

Post a Comment