07 September 2011

Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri,

Syawal masih belum berakhir, kehangatan Aidilfitri masih lagi dirasai, mood kerja agak terganggu sebab masih mood raya (sebenarnya mood cuti). Kehadiran Syawal kali ini di rai meriah. Sambutan 1 Syawal di Kuala Kangsar dengan kehadiran kedua Abang ku Ba'a dan Bian serta Mak Yam sekeluarga cukup memeriahkan suasasana. Walaupun,  tanpa kehadiran Kakak dan Wani. Yang memang seperti biasa2nya kakak akan beraya di rumah mertuanya dan Wani pula pada tahun ini beraya bersama mamanya namun kemeriahan masih ada.

Di pagi raya, kedatangan Mak Yam, Pak Cik Hasni dan Irfan memang di alu-aluakan. Tambahan pula semenjak pemergian Nenekanda (Mak) sudah lama Mak Yam tidak beraya bersama kami. Setelah selesai sembahyang raya, kami semua menjamu selera. Menu utama tahun ini LAKSA. Namun Laksa mami sudah tidak seperti dulu.......selain laksa, macam biasa rendang ayam & daging, nasi impit, kuah kacang, lemang dan kueh raya. Hari raya memang istimewa.

Setelah makan bersama kami mengunjungi pusara Mak dan Abah. Ain yang baru pertama kali menziarahi pusara sangat takut melihat kubur. Katanya "nanti hantu bangun", hahahahaha budak2 banyak sangat tengok TV. Tapi tak lama kemudian dia OK dan faham bila diberitahu itu kubur Tok Een (panggilan untuk Abah). Pulang dari kubur terus menziarahi orang2 tua yang masih berada di kampung Lempor, sekitar rumah aku gak. Kesian Tok Chu langsung tak boleh nak ingat, Poh kurus plak terbaring atas katil takleh nak bangun. Nasib baik ada anak cucu, boleh nampak mereka gembira. 

 Destinasi seterusnya Manjoi, Ipoh, rumah Mak Idah (Adik kepada Abah, kakak kepada Mak Yam). Rasanya semenjak aku berkahwin baru first time kot aku pegi rumah dia. Macam biasa layanan yang cukup mesra dari Mak Idah & Pak Cik Suhaimi Sekeluarga. At least kami masih ada keluaga.
Gambar kenangan semasa beraya di Manjoi

Dari kiri Pak Cik Hasni, Pak Cik Suhaimi, My Hubby, Bian, Ba'a, Khalis
Yasmin, Mak Idah, Mami, Kak Faridah, Mak Yam, Aku
Nana, Miera, Ain dan Irfan

Wardah yang tertinggal

Bersama Mak Idah





No comments:

Post a Comment