Semangat berkobar-kobar nak mulakan keje, maklumlah dah lama cuti. Sebagai wanita berkerjaya (katanya) duduk rumah 2 bulan memang lama rasanye. Jadi kembali bekerja adalah satu kepuasan jugak...hehehehehe. Tanggal 21/11 aku mula bekerja semula sebagai VALUER.....
Sekembali ke PA International Property Consultants (KL) Sdn Bhd, memang banyak perubahan telah berlaku:-
Pertama - Receptionist Baru - cantik orangnye, muda lagi nak compare ngan yang lama memang jauh bezalah, pasal yg lama tu dah monopous....tup-tup rupanye ada dua receptionist satu kat bawah satu kat atas. betul2 internationallah PA ni. kikikih
Kedua - Valuer Baru - Ramai betul valuer baru. Nama pun barukan jadi aku tak kenal. Masuk opis sendiri rasa mcm aku masuk opis orang lain pulak. Dah lama sikit duduk barulah nampak member2 lama. Nasib baik ada lagi kalu tak terpaksalah aku mencari member baru ataupun pekerjaan baru.
Ketiga- Toilet - pun dah renovated, cantik dan bersih. Morden designed. barulah keeelassss.
Keempat - Pantry - pun dah bertukar ke tingkat atas "besor" dah macam meeting room plak. tambah dengan 2 fridge lagi. tp sayang takde orang nak masak. kalau tak dah mcm dapur kat umah. hahahahaha
Kelima- Position - disebabkan ada penambahan lagi satu tingkat, maka tempat duduk pun berubah. More space jadi bebudak research and agent dah pindah atas. Patutlah office ni rasa sunyi.
Keenam - Mesin Photostat - yang ni buat aku begang! kalu tukar baru tu takpelah, setting lah siap2 tuk aku ni. meyusahkan betul buat orang takde mood nak buat keje. sampai sekarang ni masih takleh nak scan document tau...ish meyusahkan!
Ketujuh - Woit Sape curi mouse aku???? kurang ajor tui kalau aku dapat tangkap, akan ku cincang2 menjadi keratan 18...PAHAM!!!
Now dah 4 hari bekerja, back to normal looo...aku dah jadi valuer dah 8 tahun maa, setakat cuti 2 bulan apa da hal.....
No comments:
Post a Comment