Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

23 April 2013

Mandi Bunga



Hi,
Lately bermacam dugaan dan cabaran mendatang, sambil duduk termenung mengenang nasib diri dgn tiba2 sorang member kita orang meyebut pasal "MANDI BUNGA". sound interesting kan. Seumur hidup aku yang agak panjang, tak berapa nak panjang sangat la... tak pernah lagi mandi bunga. Kalau mandi letak bunga kat spa tu adalah. Istilah mandi bunga yang betul2 tu tak pernah.
Mengimbau kembali zaman kanak2 aku dulu, mmg ada amalan mandi bunga ni. Peristiwa yang tak dapat aku lupa apabila Abang Sulung dan Ibu saudara kesayangan aku dimandi bungakan. Lokasi strategik atas tangga. naseb tak baik zaman tu takde instagram, kalau tak mesti dah upload. hi3.
Berminat mandi bunga? Mahu cuba boleh la try seperti dibawah-------->
- Mandi Bunga Riyadah RM 65*
- Mandi Bunga Seri Wajah RM 165*
- Mandi Bunga Rawatan RM 334*
Agak mahal jugak kan????


Menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan penyerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
So, what say u?????

05 September 2012

Wishing all the Best

6/7/2012 -  Share last day in PA International

To: Share, Peng Peng and Charles.

They are going to OUT from this company. Semoga berjaya and sukses di tempat baru. Best of Luck and do keep in touch....BYE

Photos taken on the Share last day, masa ni tak tau pun yg Peng Peng dan Charles pun berenti...

Share yg pakai baju belang, Peng Peng yg pakai Skirt dan Charles lelaki yg pakai cermin mata..



01 August 2012

Ayeh Konvokesyen

Who is Ayeh? He is my brother in law... 

9/5/2012 - Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

Dear my bro-in-law, Tahniah dan Semoga Suksess dalam kerjaya yang dipilih. 

He will be a teacher!!! yeah. so, nanti boleh lah mengajar anak2 akak ya. kira advantage la sikit kalau bapa saudara yg ngajo anak sedara kan? tak gitu? hehehehe

Here, some photos to share a great moments on his graduation day. 






p/s: tak sabo nak tunggu bila pulak nak kawen....


21 July 2012

1st Ramadhan

Yeah...alhamdullilah dah tamat puasa hari pertama tahun ni. Salam Ramadhan Semua......



Tahun ni hari pertama puasa jatuh hari sabtu..lega rasanya tak lah kelam kabut sangat. Sempat jugaklah sediakan juadah berbuka puasa hari ni. So, untuk first day ni menu Ayam Dalca, udang goreng dan kueh sagu....oklah kan...

Masak Dalca hari ni pun first time buat, ikut buku resepi yang satu ofis sibuk sangat nak....BTW thanks to all my frens specially Devi yg tolong kumpulkan plastik mee maggi, ipah yang tolong redeem, Suba bagi satu plastik maggi perencah Tom Yam and Nida master ttg promosi ni.



Nanti kita cuba resepi lain pulak ya...thank Maggi for sharing this awesome book.

07 March 2012

Our 5th Anniversary Dinner

Perkahwinan kami telah berusia 5 tahun. Semoga akan berkekalan selama-lamanya. Alhamdullilah, kami dikurniakan anak2 yang comel dan sihat. Tahun yang ke-lima ini, kami bermohon kepadaNya semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat dan menjadi keluarga bahagia hingga akhir hayat...ameeeen


 Sambutan ulang tahun kali ini secara sederhana saja. Maklumlah anak pun dah dua. so inilah antara santapan kami pada malam itu.




Nice place to hang out. ada macam2 jenis hidangan makan dari western to eastern. semua pun ada. Siap ada live band lagi. Apa nama kedai ini dah lupa dah....lokasi kat Taman Melati kat PV tuh. Boleh tahan sedap. cubalah.

Until next time....

p/s: sepatutnya  we have go back to "Honey moon" island dulu....tp tak sempat nak plan...huhuhuk

15 February 2012

dentist, also known as a 'dental surgeon', is a doctor that specializes in the diagnosis, prevention, and treatment of diseases and conditions of the oral cavity. The dentist'ssupporting team aides in providing oral health services. The dental team includes dental assistantsdental hygienistsdental technicians, and in some states, dental therapists.


Fort Stewart, Georgia. Female Army dentist. CPT Jeannine Nordeen (Doctor), an Army Dentist assigned to DENTAC, is... - NARA - 531470.tif

Dentist
Occupation
Activity sectorsHealthcare
Description
Education requiredBachelor of Dental Surgery orDoctor of Dental Medicine


Susulan dari tragedi berjumpa Doktor gigi hari Isnin lepas. Jadi isunya hari ini adalah FOBIA dgn Doktor gigi. Ada sapa2 yang mengalami "penyakit" yang sama. ahaks...Tak kesahlah...aku memang takut kalau nak pegi jumpa Dr gigi ni. Selagi keadaan tidak memaksa dan menekan mungkin tak mahu langsung terlibat dgn aktiviti ini. Aduiyai, napelah plak gigi ni buat hal plak. Aku berpendapat ini adalah kesan sampingan selepas mengandung. hahahaha. Orang kata, baby dalam perut tu curi kalsium dr badan ibunya. Iya kerrrrr. What ever it is, gigi aku REPUT. erm...no choice.

Alhamdullilah, Dr yg merawat aku tu sangat lembut, sopan santun dan sangat cekap. Terima Kasih Doktor kerana telah meyelamatkan gigi saya dan sekarang saya hidup dengan lebih aaaamaaaan.

02 February 2012

Hacker

Apa makna hacker??? apa maknanya jika email anda, facebook anda, twitter anda di "hack"? jangan cakap sebarangan.. senang2 jer ....oii fb aku pun kene "hack" tau langsung kene buat akaun baru.....

So, hari ini saya akan menulis lagi....tapi bukan nak menulis pasal hacker pun, tapi lebih terdorong untuk menulis pasal orang yang suka cakap "BESOR". semua benda, semua pekara dialah PROFESOR SERBA TAHU...kita baru nak start citer dia dah tau, yg lagi best dia siap tahu sampai end of the story...hebatkan dia. Hebat ker

Ko cukup  HEBAT kalau apa yang ko cakap tu betul, orang paham dan no argument...masalahnya apa yang ko cakap lebih mendorong untuk menunjukkan kehebatan ko jer. apa tujuannya? ops...lupa plak nak tunjuk dia hebat dengan gelaran PROFESOR tuh......kenapa aku kesah sangat pasal orang ni??? sbb dia ada dekat dengan aku...suddenly dia kata "FEDUP" ngan aku.....pasal asyik tak puas hati ngan statement dia. aik sapatutnya aku yang FEDUP ngan ko. let me list the reasons why:-

1. Semua benda ko tahu ....tapi bila ditanya secara detail tak boleh nak jawab, so ko TAK TAHU
2. Semua cerita ko tahu....co citer..co citer...rupenya citer ko tak sama pun ngan citer aku, so ko TAK TAHU
3. Semua berita terkini ko update.....kononnyalah padahal citer minggu lepas pun ko tak tau, so ko TAK TAHU
4. Semua isu sensasi ko tukang senssssasikanlah tapi....Hafiz Awan Nano couple ngan Adira smpi diorg dah clash pun ko tak tau.....hahahahah, so ko TAK TAHU
5. Semua Petua dan Pemuda kolah yang tau segala....entah ya entah ker tak, yang ni aku pun TAK TAHU
6. Semua dalam fikiran orang ko kata ko tau...padahal orang tu nak sampaikan benda lain, bila ko mencelah je terus jadi cerita lain...... ko sebenarnya tak tau tapi memandai jer kata tau.., so ko TAK TAHU
7. Semua latest promotion or sale semua ko tau.....ko banyak duit ko p belilah, tak yah nak promote kat orang.....bila nak beli kedekut....yang in AKU TAHU

sblm aku lebih meraban lagi...kepada yang berkenaan pesanan dr Ms. Luv tolonglah sedar diri sebelum ko nak sound orang....bukannya orang tak tau perangai ko, selama ni orang lain layan je malas nak bising2, malas nak konflik2, malas nak LAYAN ko sebenarnya.....tak yahlah suka beno bercakap BESOR kerana yang MAHA MENGETAHUI HANYA ALLAH subahanahuwataala......

Bukanlah aku nak kata yang ko tak tau apa2, tapi kadang kala bersederhana adalah lebih baik, AKU TAHU ko tahu banyak benda tapi bukan SEMUA benda......

p/s:- pesanan untuk diri sendiri jugak....

24 November 2011

Kembali Bekerja

Semangat berkobar-kobar nak mulakan keje, maklumlah dah lama cuti. Sebagai wanita berkerjaya (katanya) duduk rumah 2 bulan memang lama rasanye. Jadi kembali bekerja adalah satu kepuasan jugak...hehehehehe. Tanggal 21/11 aku mula bekerja semula sebagai VALUER.....

Sekembali ke PA International Property Consultants (KL) Sdn Bhd, memang banyak perubahan telah berlaku:-

Pertama - Receptionist Baru - cantik orangnye, muda lagi nak compare ngan yang lama memang jauh bezalah, pasal yg lama tu dah monopous....tup-tup rupanye ada dua receptionist satu kat bawah satu kat atas. betul2 internationallah PA ni. kikikih

Kedua - Valuer Baru - Ramai betul valuer baru. Nama pun barukan jadi aku tak kenal. Masuk opis sendiri rasa mcm aku masuk opis orang lain pulak. Dah lama sikit duduk barulah nampak member2 lama. Nasib baik ada lagi kalu tak terpaksalah aku mencari member baru ataupun pekerjaan baru. 

Ketiga- Toilet - pun dah renovated, cantik dan bersih. Morden designed. barulah keeelassss.

Keempat - Pantry - pun dah bertukar ke tingkat atas "besor" dah macam meeting room plak. tambah dengan 2  fridge lagi. tp sayang takde orang nak masak. kalau tak dah mcm dapur kat umah. hahahahaha

Kelima- Position - disebabkan ada penambahan lagi satu tingkat, maka tempat duduk pun berubah. More space jadi bebudak research and agent dah pindah atas. Patutlah office ni rasa sunyi.

Keenam - Mesin Photostat - yang ni buat aku begang! kalu tukar baru tu takpelah, setting lah siap2 tuk aku ni. meyusahkan betul buat orang takde mood nak buat keje. sampai sekarang ni masih takleh nak scan document tau...ish meyusahkan!

Ketujuh - Woit Sape curi mouse aku???? kurang ajor tui kalau aku dapat tangkap, akan ku cincang2 menjadi keratan 18...PAHAM!!!

Now dah 4 hari bekerja, back to normal looo...aku dah jadi valuer dah 8 tahun maa, setakat cuti 2 bulan apa da hal.....

03 November 2011

Lirik lagu Kisah Dogeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

27 October 2011

Suka & Duka

Terpanggil utk menulis lagi.....

Bila berjumpa teman2 lama yang sekarang kebanyakannya begelar Isteri dan Ibu, macam2 cerita boleh didengar. Mungkin pada usia sebegini inilah bentuk2 permasalahannya bukan spt zaman bujang dulu lain pula maslahnya. Nampak beno dah tua......hehehehe

Setelah tamat pengajian sume sibuk nak cari keje, dah dapat keje sibuk nak beli kete lps dpt kete mestilah nak Kahwin. Ayat dia "Mestilah". Inilah namanya kehidupan. Dah pun kawen, tercapailah semua impian sejak kecil lagi, pas tu dapat anak. 1...2...maybe lebih. Sesetengah orang mengatakan dalam perkahwinan ada fasanya. Fasa 1 - 1 hingga 5 thn, Fasa 2- 6-10 thn dan seterusnya. aku baru fasa 1lah next year baru masuk 5 thn. Kengkawan pun dalam dua nilah Fasa 1 & 2 jugak. Salah sorang kawan rapat aku kata, mengikut pengalaman dan pengamatan dia biasanya masalah timbul pada no. ganjil....Jeng...jeng...jeng. next year No. 5 tuh weih.

Apapun, itu hanya pendapat dia tp mungkin ada benarnya. Setiap rumah tangga pasti ada masalah yg tersendiri jadi bergantung kepada kita bagaimana ingin menghadapinya. Sedih bila mendengar kengkawan menghadapi masalah yg kadang kala diluar jangkaan dia. Apa daya kita nak menolong hanya mampu mendegar dan memberi pendapat yg cetek. Harap tabah menghadapi dugaan dan diberi petunjuk oleh-Nya. Sama2lah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan....Amin

19 September 2011

Cakap Salah Tak Cakap Pun Salah

Susah betul nak cakap, bila kita cakap ada jer yang dijawab. Bila kita buat tak tau, dah last2 minit macam ni sibuk pulak nak tanya pendapat kita. Dulu masa kita nak ajar tak nak dengar, sekarang ni lantak engkau lah, malas aku nak masuk campur. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna.

This story all about Nur Syazwani Azhar, anak buah aku yang tak mendengar kata. Sekolah pandai SPM 8A, tapi terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan. Nasib baik tak de kat depan aku ni kalau tak dah lama aku tangankan.....dari kecik membesor ngan aku. Tapi bila masuk u, asyik kawan sana, kawan sini dgn kata lain kawan lagi penting. What to do? She a big girl!!!!

What's a big deal Mak Su???? i just wishing u best of luck. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke panggkal lengan.