10 November 2011

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Alif Nawfal

Salam Aidiladha,

Sempena Hari Raya Qurban tahun ni, saya dan suami mengambil kesempatan untuk membuat aqiqah bagi bayi baru kami MUHAMMAD ALIF NAWFAL yang berusia 48 hari ketika itu. Majlis yg sederhana ini diadakan pada hari raya kedua di rumah mertua. Alhamdullilah majlis berjalan lancar. Dua ekor kambing selamat disembelih, dimasak dan dihidangkan kepada tetamu yang hadir.



Majlis didahulukan dengan upacara cukur jambul yg diadakan setelah selesai solat zohor. Majlis ini diadakan di Kelantan so kene ikut cara dioranglah. berbeza sikit dengan orang Perak yg biasanya ada adat naik buai. Disini tiada, upacara dimulakan dengan doa, kemudian bayi di beri manisan seperti gula, buah kismis, kurma dan air zam zam sebagai alat untuk "membelah mulut", potong jambul dan disusuli dengan selawat nabi.  Membelah mulut adalah bertujuan supaya bayi apabila besar nanti akan mengucapkan kata2 yang baik dan manis sahaja. Kata orang tua2...hehehehe

Bahan untuk upacara belah mulut

Ustaz membacakan doa sambil memegang kepala bayi

Bayi diberi manisan

Rambut dipotong sedikit

Giliran Ayah pula potong jambul

Bayi dibawa megelilingi orang ramai sambil berselawat

Setelah selesai upacara, barulah tetamu dihidangkan makanan termasuklah kambing tadi....yum..yum..sedap








Akhir kata, jutaan terima kasih terutama kepada Bapa dan Ibu mertua, adik beradik terutama sebelah suami dan tetamu yang hadir. 

Tanda terima kasih kepada yang hadir sedikit buah tangan
berupa coklat handmade by Ummi, buah kurma dan kismis











No comments:

Post a Comment