Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts
23 September 2013
14 June 2013
Ain's 5th Birthday
For Ain's 5th Birthday, we don't have any party. This year we plan to make it in a very simple way. Di sebabkan kesibukan bekerja, jadi hari minggu pada 10/3/2013 kami menyambutnya secara sederhana di Morib Gold Coast Resort, Sepang.
As i mentioned, we have no party at all till the end. But Ain and Alif really enjoy the day. Whole day in the pool!!!
Happy Birthday sayang, semoga menjadi anak yang solehah, sentiasa sayang pada mama, ayah dan adik, menjadi umat yang berjaya, sentiasa gembira dan mengutamakan Agama. Insyaallah
03 May 2012
Tarikh: 8/4/2012
Lokasi: Mini Stadium, KEM IKBN Ulu Langat
Ain siap bawa peyokong tau. Seperti biasa orang-orang kuat dibelakang Ain ialah Mama Ipah, Kak Wani, Kak Miera dan Kak Nana. Terima kasih pada semua yang meyokong Ain.
Belum habis lagi.....
p/s:- looking forward another school program :)
Lokasi: Mini Stadium, KEM IKBN Ulu Langat
Yes! Kali ini Ain ambil bahagian dalam sukan bagi Sekolah-sekolah TADIKA PASTI kawasan Ampang. Looking forward dan tak sabar rasanya. Acara sepatutnya bermula 8.30 pagi, tapi sampai lambat. Mana taknya p makan dulula apalaaaa ....penting tu untuk memulakan hari.
Sekitar pukul 9.30 baru kitaorang sampai. Kasihan Ain dah terlepas acara pembukaan yang mana sepatutnya dia kene menari. dahlah praktis tiap-tiap hari, last-last tak pegi. erm....Sorry ya sayang bukan mama yang lambat...Ayah yang lambat. hehehehe.
Teruja sangat nak tengok anak main sukan nih. Average ibu bapa yang datang memang over dari anak-anaknya, termasuklah aku. Sukan tahun ini bagi ketegori umur 4 thn, Ain masuk 2 acara iaitu masuk bola dalam bakul dan lari pengantin. Sakit perut gelak dengar nama dia Lari Pengantin.
Bagi Acara masuk bola dalam bakul bebudak ni lari masukkan bola dalam bakul. Yang tak boleh tahannya cikgu sekolah Ain boleh tak bawa bakul. Bebudak ini dah confuse bila disuruh masuk dalam container yang besar tu. Siap ada yang pegi taruk kat bakul orang lain. memang kelakar giler. Ain pulak terkial2 nak angkat bakul tu bawa ke garisan penamat. mana taknya BESAR dan BERAT...aduih. Disebabkan terlalu Excited terlupa lagi nak ambil gambo.
Bagi Acara Lari Pengantin ni pulak, aku bayangkan bebudak ni lari berpasangan dengan pasangan masing-masing la kot....macam orang kawen lari tuh. Tapi meleset sama sekali andai aku tu. jom tengok video nih bagi menjawab apa dia Acara Lari Pengantin
So, untuk dua-dua acara ni Ain merupakan pelari terakhir. Selalunya pelari terakhir ni orang yang paling kuat lari la. Jadi aku mengandaikan Ain lah yang paling kuat lari dalam team tu...hehehehe. Perasaan anak aku kuat lari. Jangan marah ya parent yang lain. Anak kita semuanya hebat!! Sebagai Pelari Terakhir Ain memakai selendang kuning. tak tau la nape warna kuning, maybe nak match ngan uniform kot.
![]() |
| Cikgu sedang mengikat seledang kuning di bahu Ain sebagai Pelari Terakhir |
![]() |
| Kak Nana & Kak Miera yang sentiasa memberi semangat kepada Ain |
Dah tengok Video tadi kan??? bagi dua-dua acara team Tadika PASTI Taman Ampang Indah dapat No. 1. yeeeeaaaaaahhhhhhhh JUARA. This story is all about Ain so Ain memang Hebat!!!
![]() |
| Muka maintain - blur |
![]() |
| Kesian Adik Alif - penat sebab cuaca sangat panas |
Oleh kerana cuaca sangat panas, dan kesihan tengok alif jadi kitaorg balik sebelum peyampaian hadiah. Lagi pun tengok semua pun dah start balik. Jadi apa lagi acara untuk Ain pun dah habis, dah menang dah pun, so kita Balik lah....tapi sempat singgah kat sungai dekat2 situ untuk meyejukkan badan
![]() |
| Happy mood sebab dapat mandi sungai for the first time untuk Ain, Nana & Miera. |
Inilah hadiah kemenangan untuk tahun ini....cantik tak??? Dapat satu hadiah jer. Kata Ain dia dan team partner dia dapat hadiah besar. Budak lain dapat kecik jer. Maybe, cikgu dia nak kasi semua orang kot jadi kene sharelah. Sharing is caring.....
p/s:- looking forward another school program :)
Happy 4th Birthday Ain
Happy Birhday to you...happy birthday to you...happy birthday to Ain...happy birthday to you.
6th March 2012 Its Ain's 4th Birthday.
Thanks ya pada tetamu yang hadir. Semoga Ain sentiasa sihat, cantik, pandai, menjadi muslimah dan anak yang solehah...ameen
6th March 2012 Its Ain's 4th Birthday.
Sempena hari jadi Ain kali ini, mmg takde perancangan nak buat party pun, tp last minit kesian plak kat dia beria sangat nak sambut BIRTHDAY. Oleh kerana date of birth dia jatuh hari bekerja, jadi celebration nya terpaksa di buta pada hari minggu. Walau takde bithday preparation, goodies beg utk kengkawan kat Taska dah ada disediakan. dah jd mcm tradisi, every year mesti bg sbg tanda kesyukuran dan terima kasih pada kengkawan ain ngan cikgunya. TAPI....budak dah besar ni mmg susah nak paham kita cakap. Pagi waktu nak p bagi kat Taska boleh dia tak kasi bw turun dari kereta. rupanya dia nak bw p sekolah baru...sekolah TADIKA. aduhai pening2. sbb cikgu sekolah tadika tu mmg pesan jgn bg gula2. Ain....ain. nak marah pun susah, bukannya paham...erm
Pada hari sabtu malam, secara kecil2lan we all celebrate the birthday girl. Sibuk duk melayan tetamu tak sempat nak amik gambo...hahaha. Adalah sikit jom layan beberapa keping gambo yang ada teramik jugalah ambik.. Gambar kat bawah ini ehsan dari mereka yang kesian....hehehehe
Thanks ya pada tetamu yang hadir. Semoga Ain sentiasa sihat, cantik, pandai, menjadi muslimah dan anak yang solehah...ameen
19 March 2012
Terima Kasih
Alif sekarang dah nak masuk 6 bulan. Dah lama betul plan nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang datang melawat mahupun yang mendoakan kesihatan kami berdua, tapi baru sekarang berkesempatan. Kepada rakan2 yang dekat mahupun jauh saya dan keluarga sangat gembira dengan pemberian dan keprihatinan rakan2 semua kepada kami sekeluarga......
TERIMA KASIH semua:,
TERIMA KASIH semua:,
p/s : sebenarnya ada lagi gambar tp tak sempat nak upload. maaf ya pada hadiah sape yang tak terbit kat sini...
06 January 2012
Hari Pertama Ke Sekolah
As a mom is a new great experience. Hantar anak kesekolah for the first time. Macam2 berlegar2 dalam kepala ni. Takut, risau, tak percaya pun ada. Boleh ker Ain survive? berDEBOR rasanya...macam2 rasa lah. Naseb baik for the first day Ain telah berjaya bangun seawal 6.30 pagi...bravo2. thumb up for Ain.
![]() |
| Gara-gara bangun awal tidur dululah..... |
![]() |
| Sudah bersedia untuk belajar! |
![]() |
| Mana cikgu ni??? |
![]() |
| Lama sangat tunggu cikgu nih...ngantuuuk |
![]() |
| Lamanya...dah boring ni |
![]() |
| Dua pelajar baru yang menangis sebab kene tinggal - sian (Kakak tolonglah hantar kita balik...eeeee) |
![]() |
| Waktu makan - tudung dah melayang |
![]() |
| Sesi belajar kupas kulit telur - tengok tu orang lain semua dah start makan |
![]() |
| Dah habis kelas - boleh main |
![]() |
| Dah balik - naik bas sekolah dengan bangganya |
Satu hari yang panjang buat aku, oklah semuanya berjalan lancar. Im proudly announce Ain as a STUDENT! Tetiba teringat kat anak buah aku Nana - "macam mana ek nak jadi Penolong Ketua Kelas" - hahahaha (giler pangkat) heheheheh. Semoga Ain menjadi Pelajar Terbaik dan Membanggakan Sekolah...amen
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)













































