03 May 2012

Tarikh: 8/4/2012
Lokasi: Mini Stadium, KEM IKBN Ulu Langat

Yes! Kali ini Ain ambil bahagian dalam sukan bagi Sekolah-sekolah TADIKA PASTI kawasan Ampang. Looking forward dan tak sabar rasanya. Acara sepatutnya bermula 8.30 pagi, tapi sampai lambat. Mana taknya p makan dulula apalaaaa ....penting tu untuk memulakan hari. 


Sekitar pukul 9.30 baru kitaorang sampai. Kasihan Ain dah terlepas acara pembukaan yang mana sepatutnya dia kene menari. dahlah praktis tiap-tiap hari, last-last tak pegi. erm....Sorry ya sayang bukan mama yang lambat...Ayah yang lambat. hehehehe.


Teruja sangat nak tengok anak main sukan nih. Average ibu bapa yang datang memang over dari anak-anaknya, termasuklah aku. Sukan tahun ini bagi ketegori umur 4 thn, Ain masuk 2 acara iaitu masuk bola dalam bakul dan lari pengantin. Sakit perut gelak dengar nama dia Lari Pengantin. 

Bagi Acara masuk bola dalam bakul bebudak ni lari masukkan bola dalam bakul. Yang tak boleh tahannya cikgu sekolah Ain boleh tak bawa bakul. Bebudak ini dah confuse bila disuruh masuk dalam container yang besar tu. Siap ada yang pegi taruk kat bakul orang lain. memang kelakar giler. Ain pulak terkial2 nak angkat bakul tu bawa ke garisan penamat. mana taknya BESAR dan BERAT...aduih. Disebabkan terlalu Excited terlupa lagi nak ambil gambo.

Bagi Acara Lari Pengantin ni pulak, aku bayangkan bebudak ni lari berpasangan dengan pasangan masing-masing la kot....macam orang kawen lari tuh. Tapi meleset sama sekali andai aku tu. jom tengok video nih bagi menjawab apa dia Acara Lari Pengantin



So, untuk dua-dua acara ni Ain merupakan pelari terakhir. Selalunya pelari terakhir ni orang yang paling kuat lari la. Jadi aku mengandaikan Ain lah yang paling kuat lari dalam team tu...hehehehe. Perasaan anak aku kuat lari. Jangan marah ya parent yang lain. Anak kita semuanya hebat!! Sebagai Pelari Terakhir Ain memakai selendang kuning. tak tau la nape warna kuning, maybe nak match ngan uniform kot.

Ain siap bawa peyokong tau. Seperti biasa orang-orang kuat dibelakang Ain ialah Mama Ipah, Kak Wani, Kak Miera dan Kak Nana. Terima kasih pada semua yang meyokong Ain.

Cikgu sedang mengikat seledang kuning di bahu Ain sebagai Pelari Terakhir
Kak Nana & Kak Miera yang sentiasa memberi semangat kepada Ain
Dah tengok Video tadi kan??? bagi dua-dua acara team Tadika PASTI Taman Ampang Indah dapat No. 1. yeeeeaaaaaahhhhhhhh JUARA. This story is all about Ain so Ain memang Hebat!!!

Muka maintain - blur
Kesian Adik Alif - penat sebab cuaca sangat panas
Oleh kerana cuaca sangat panas, dan kesihan tengok alif jadi kitaorg balik sebelum peyampaian hadiah. Lagi pun tengok semua pun dah start balik. Jadi apa lagi acara untuk Ain pun dah habis, dah menang dah pun, so kita Balik lah....tapi sempat singgah kat sungai dekat2 situ untuk meyejukkan badan

Happy mood sebab dapat mandi sungai for the first time untuk Ain, Nana & Miera. 
 Belum habis lagi.....

Inilah hadiah kemenangan untuk tahun ini....cantik tak??? Dapat satu hadiah jer. Kata Ain dia dan team partner dia dapat hadiah besar. Budak lain dapat kecik jer. Maybe, cikgu dia nak kasi semua orang kot jadi kene sharelah. Sharing is caring.....



 p/s:- looking forward another school program :)




No comments:

Post a Comment