23 April 2013

Mandi Bunga



Hi,
Lately bermacam dugaan dan cabaran mendatang, sambil duduk termenung mengenang nasib diri dgn tiba2 sorang member kita orang meyebut pasal "MANDI BUNGA". sound interesting kan. Seumur hidup aku yang agak panjang, tak berapa nak panjang sangat la... tak pernah lagi mandi bunga. Kalau mandi letak bunga kat spa tu adalah. Istilah mandi bunga yang betul2 tu tak pernah.
Mengimbau kembali zaman kanak2 aku dulu, mmg ada amalan mandi bunga ni. Peristiwa yang tak dapat aku lupa apabila Abang Sulung dan Ibu saudara kesayangan aku dimandi bungakan. Lokasi strategik atas tangga. naseb tak baik zaman tu takde instagram, kalau tak mesti dah upload. hi3.
Berminat mandi bunga? Mahu cuba boleh la try seperti dibawah-------->
- Mandi Bunga Riyadah RM 65*
- Mandi Bunga Seri Wajah RM 165*
- Mandi Bunga Rawatan RM 334*
Agak mahal jugak kan????


Menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan penyerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
So, what say u?????

No comments:

Post a Comment